fbpx

Kes bunuh: Tiada kesan tusukan senjata ke atas mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri mangsa ditenangkan oleh pegawai dan anggota polis di lokasi kejadian di Kampung Chenaga, Repah, di sini, petang semalam. FOTO: NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Laporan awal bedah siasat membabitkan penemuan mayat sorang lelaki dalam keadaan berikat kaki dan tangan di rumah sewa di Kampung Chenaga, Repah, di sini, petang semalam mendapati tiada kesan tusukan senjata ke atas mangsa.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab bagaimanapun menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Berhubung dengan motif kejadian pula, perkara itu masih lagi dalam siasatan dan pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa terutamanya berhubung punca kematian,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! semalam, melaporkan perasaan tidak sedap hati seorang isteri setelah panggilan kepada suaminya tidak berjawab lebih sehari membawa kepada penemuan mayat suaminya dalam keadaan berikat di rumah sewa mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Mazlan Mahadi, 26, disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Semalam, Anuwal menyatakan berdasarkan siasatan awal pihaknya mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kematian tersebut berdasarkan keadaan mayat yang ditemui dalam keadaan terikat.

“Kita percaya suspek merupakan individu yang dikenali mangsa berikutan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah sewa berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI