fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki diburu kes ‘sentuh’ dua pelajar 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dipercayai meliwat dua pelajar kolej berusia 15 tahun kini menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes jenayah seksual di daerah ini.

Laporan berhubung kejadian itu diterima polis semalam, selepas kedua-dua remaja lelaki terbabit tampil mendakwa menjadi mangsa seorang pekerja di kolej yang sama.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa pertama mendakwa dicabul di tandas asrama kolej manakala mangsa kedua mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang berusia lingkungan 30-an di Seksyen 18, di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek yang telah dikenal pasti mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak.

“Polis sedang giat mengesan dan menangkap suspek bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang individu disyaki warga tempatan melakukan jenayah liwat terhadap dua pelajar sehingga menyebabkan mangsa mengalami trauma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN