fbpx

Perlumbaan GT Dunia pilihan Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI sudah tidak sabar untuk mengharungi perlumbaan empat roda selepas sah menyertai pasukan WRT musim ini. – AGENSI

BAUDOUR, Belgium – Legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi menamatkan spekulasi berhubung masa depannya apabila bersetuju untuk menyertai pasukan WRT dalam Cabaran Fanatec GT Dunia Eropah musim ini.

Selepas melakukan ujian terhadap jentera Audi di Valencia pada Disember lalu, teka-teki berhubung penyertaan Rossi dalam perlumbaan itu akhirnya terjawab apabila dia mengambil bahagian untuk kedua-dua ka­tegori Sprint dan Endurance.

Rossi menjelaskan, dia sangat gembira untuk bersaing dalam perlumbaan itu bersama WRT kerana menganggap sukan permotoran sudah sebati dalam dirinya selepas memenangi kejuaraan dunia MotoGP sebanyak sembilan kali.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat menyertai WRT bagi beraksi dalam saingan Cabaran Fanatec GT Dunia Eropah. Semua orang tahu saya adalah peminat untuk perlumbaan kereta seperti ini.

“Sudah banyak kali saya beri­tahu sebelum ini, perlumbaan empat roda adalah destinasi seterusnya sebaik sahaja bersara daripada MotoGP. Sekarang saya berpeluang untuk berlumba secara profesional sepenuh masa,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan WRT, Vincent Vosse gembira dan teruja kerana Rossi bersetuju untuk menyertai pasukan tersebut memandangkan beliau tahu kemampuan yang dimiliki anak buah baharunya itu.

“Saya yakin ramai peminat di luar sana gembira kerana Rossi memulakan karier baharu dalam perlumbaan empat roda. Sema­ngatnya luar biasa dan saya harap dia boleh berjaya dalam perlumbaan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI