Anggota Polis Bantuan menahan seorang lelaki warga China yang dipercayai menceroboh landasan LRT di Stesen Pandan Jaya, Ampang, pagi tadi.

[VIDEO] Lelaki warga China ceroboh landasan LRT Pandan Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga China ditahan selepas dipercayai menceroboh landasan kereta api di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Jaya di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan satu video berkaitan kejadian itu yang tular di media sosial.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.34 pagi tadi apabila lelaki berkenaan dipercayai memasuki kawasan landasan dari luar landasan di laluan Stesen LRT Maluri menghala ke Stesen LRT Pandan Jaya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500 jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang serta mengelakkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, tular video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Threads @sy4fx._ memaparkan seorang individu ditahan oleh anggota Polis Bantuan di sebuah stesen LRT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN