fbpx
Murid-murid sekolah terpaksa membeli harga makanan lebih mahal di kantin. – Gambar hiasan

Harga makanan naik, murid mungkin kurang zat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) disaran untuk mengkaji semula perjanjian tender harga jualan makanan di kantin sekolah berikutan peningkatan kos barang mentah yang dilihat membebankan pengusaha premis terbabit.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, susulan itu, satu sesi libat urus antara KPM, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pengusaha kantin perlu diadakan segera.

“Perbincangan itu perlu memfokuskan kepada kaedah menyediakan makanan terbaik dan berkhasiat kepada pelajar terutamanya ketika pengusaha kantin berdepan kemelut kenaikan harga bahan mentah.

“Jadi, antara cara terbaik boleh dilakukan ialah mengkaji semula penawaran harga dalam perjanjian tender sama ada perlu dinaikkan sedikit atau sebalik­nya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! kelmarin berkenaan nasib lebih 4 juta pelajar yang mungkin tidak dapat menikmati makanan dalam kuantiti sama seperti tahun lalu jika ibu bapa tidak menambah wang saku.

Keadaan itu berlaku ekoran pengusaha kantin sekolah mungkin mengurangkan kuantiti makanan setiap hidangan bagi menampung peningkatan kos bahan mentah.

Dalam pada itu, katanya, keputusan menaikkan harga makanan di kantin sekolah bagi mengimbangi peningkatan kos bahan mentah perlu mendapat persetujuan kesemua pihak terlebih dahulu termasuklah PIBG setiap sekolah.

“Mereka tidak boleh naikkan harga sesuka hati kerana terikat dengan perjanjian tender.

“Jika kuantiti makanan akan dikurangkan kelak, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan pelajar ekoran tidak mendapat khasiat secukup­nya,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusof berkata, kajian semula tender harga itu kelak janganlah membebankan pengusaha selain harga baharu perlu itu tidak membebankan.

Berita berkaitan: Ayam kecil, nasi kurang dan kuah cair

Berita berkaitan: ‘Kalau naik harga pelanggan bising’

POPULAR