Kelmarin, kerajaan mengumumkan harga diesel akan diturunkan kepada RM2.10 seliter, jauh lebih rendah berbanding RM4.27 seliter yang dikenakan di Semenanjung selepas pelaksanaan penyasaran subsidi mulai 1 Julai ini. Ini satu berita yang tentunya melegakan ramai pihak, khususnya pengusaha industri pengangkutan, logistik dan perniagaan yang bergantung kepada diesel untuk operasi harian. Selain itu, pemilik-pemilik kenderaaan diesel yang khabarnya ‘lama menderita’ kerana terpaksa berbelanja besar untuk mengisi bahan api itu mula mengukir sedikit senyuman. Namun persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang……














