fbpx
Ramai pengguna mengharapkan harga barang keperluan turun susulan keputusan kerajaan menurunkan harga diesel kepada parah RM2.10 seliter.

Diesel RM2.10, harga barang masih ‘melekat’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dua minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga diesel kepada RM2. 10 seliter ekoran harga minyak dunia menurun.

Disebalik pengumuman tersebut, ramai pengguna di negara ini mengharapkan harga barang keperluan turut ikut sama menurun.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di pasaran adalah sebaliknya, harga makanan di restoran, barangan runcit malah perkhidmatan penghantaran kekal tinggi.

Keadaan ini sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat sama ada penurunan harga minyak benar-benar memberi manfaat kepada mereka.

Ramai beranggapan kos pengangkutan merupakan faktor utama yang menentukan harga sesuatu barang.

Hakikatnya, pengangkutan hanyalah satu daripada pelbagai komponen kos yang ditanggung pengeluar mahupun peniaga.

Selain diesel atau petrol, mereka masih berdepan kenaikan kos sewa premis, gaji pekerja, utiliti, bahan mentah, pembungkusan serta pelbagai caj lain yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Justeru, keadaan menjadi lebih rumit apabila sebahagian bahan mentah masih diimport.

Walaupun harga minyak turun, tetapi turun naik nilai ringgit, kos logistik antarabangsa dan ketidaktentuan bekalan global terus memberi tekanan kepada kos pengeluaran.

Dalam masa sama, terdapat juga faktor psikologi pasaran, apabila pengguna sudah biasa membeli sesuatu barang pada harga lebih tinggi, segelintir peniaga tidak mempunyai dorongan untuk menurunkan harga selagi permintaan kekal stabil.

Penulis juga senada dengan perkongsian oleh pakar ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai yang memaklumkan, selain penurunan harga diesel terdapat banyak lagi faktor yang mempengaruhi harga barang.

Antaranya termasuklah sewa premis, gaji pekerja, kos import, kadar pertukaran ringgit serta margin keuntungan.

“Secara teori ya (harga barang turun) tetapi secara praktikal tidak semestinya. Kos diesel hanya mempengaruhi kos operasi seperti logistik, bagi sesetengah perniagaan akan berkurang.

“Tetapi pengalaman lalu menunjukkan harga barang naik dengan cepat apabila kos meningkat, manakala harga barang turun dengan sangat perlahan apabila kos menurun,”katanya.

Barjoyai berkata. secara realistikmya ketika ini, penurunan harga diesel mungkin hanya memperlahankan kenaikan harga barang pada masa depan.

“Akan tetapi tidak semestinya menyebabkan harga barang turun dengan ketara,”katanya.

Oleh itu, kerajaan perlu memaimkan peranan yang penting dengan memastikan pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa terhadap harga barang, selain menggalakkan persaingan sihat dalam pasaran, mampu mengelakkan pengguna terus terbeban.

Pada masa sama, katanya, pengguna juga perlu memainkan peranan dengan membuat perbandingan harga dan menyokong premis yang menawarkan harga berpatutan.

Pilihan ditangan kita, berbelanjalah ikut kemampuan sendiri, bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN