KOTA TINGGI – Seorang warga emas maut akibat tercampak selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki terbabas ke bahu jalan di Jalan Lok Heng di sini petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Hazmi Zulkafli berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.39 petang sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi nahas.
Mangsa berusia 68 tahun yang merupakan penumpang maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 25 tahun selamat.
Mayat warga emas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE














