Masalah sisa organik terutamanya di kantin telah menjadi pencetus idea buat sekumpulan pelajar sekolah agama menghasilkan inovasi ‘bernilai’ buat negara. Bahkan, inovasi yang diberi nama Smart Worm Bin itu berjaya menjulang nama Sekolah Menengah Agama (SMA) Repah, Tampin, Negeri Sembilan, apabila muncul sebagai juara pertandingan KPS Berhad Celik Initiative 2025 mengalahkan lapan sekolah lain. Menurut Ketua Kumpulan Smart Innovative berkenaan, Sayyed Izzul Ziqri, 15, inovasi yang sama juga baru saja meraih johan pada Aspirasi Anak Juara (AURA) ILMI, Sekolah Menengah……














