fbpx
Noraini (dua dari kiri) bersama anak-anak di sisi suaminya yang menghidap kanser paru-paru di rumah mereka di Taman Pontian Utama, Pontian baru-baru ini.

Abang bomba derita kanser tahap 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN – Kerjaya sebagai anggota bomba dan penyelamat bagaikan terhenti apabila Abdul Wahab Yahya, 43, kini terlantar selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Bertugas sebagai Pemandu Jentera Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru di sini, penyakit yang dihidapi Abdul Wahab mula dikesan pada Jun 2020 dan kini bapa kepada tiga cahaya mata itu diberikan cuti sakit.

Menurut isterinya, Noraini Awang Mohamad, 39, dia telah berhenti kerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah bagi menguruskan suaminya yang terlantar tanpa mampu untuk bergerak.

“Suami saya hanya minum susu khas berharga RM95 setin bagi menggantikan makanan. Susu itu hanya dapat bertahan untuk dua hari. Dia juga menggunakan lampin pakai buang.

“Untuk susu, saya memerlukan 15 tin sebulan, enam beg lampin pakai buang sebulan dan barangan bagi mencuci luka serta keperluan lain,” katanya ketika ditemui di rumah pangsa Taman Pontian Utama di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua BBP Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba, Mahadir Mamat dan Amil Agihan Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian, Nurul Azwana Nordin menziarahi Abdul Wahab.

Noraini memberitahu, dia kini menggunakan sepenuhnya gaji bersih yang diterima suaminya sebanyak RM1,600 sebulan bagi menguruskan perbelanjaan ha­rian di samping keperluannya.

Katanya, duit itu juga digunakan untuk perbelanjaan persekolahan tiga orang anaknya yang berusia antara 11 hingga 18 tahun.

Sementara itu, Mahadir berkata, masalah yang dihadapi Abdul Wahab telah di peringkat akhir untuk dibawa ke Lembaga Perubatan oleh jabatannya bagi cadangan persaraan kerana sebab kesihatan.

Katanya, satu tabung kutipan telah dilancarkan di Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara sebagai tanda simpati dengan nasib yang menimpa anggota itu.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Noraini di talian 011-2756 2556 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik­nya 01995411007605532.

POPULAR