fbpx
GANDINGAN Sze Fei-Nur Izzuddin nyata lebih bersedia untuk meneruskan rentak kemenangan bagi layak ke suku akhir Terbuka Singapura. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Sze Fei-Nur Izzuddin tepati ramalan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Naib juara Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus cemerlang untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Singapura selepas kalahkan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Arif-Roy King tetap tampil dengan sikap melawan hingga mengheret aksi ke set ketiga sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan kemaraan hasil kemenangan 23-21, 16-21, 21-8.

Kejayaan kali ini mengekalkan rekod baik Sze Fei-Nur Izzuddin yang turut meraih kemenangan ke atas Arif-Roy King di Terbuka India, tahun lalu dan Terbuka China pada 2024.

Kegagalan untuk mencari mata kemenangan menyaksikan Arif-Roy King terpaksa merelakan kemenangan Sze Fei-Nur Izzuddin di set pertama, 23-21 namun bangkit untuk memastikan kejayaan 21-16 di set kedua.

Bagaimanapun, di set penentuan, Sze Fei-Izzuddin seakan cukup bersedia untuk mengesahkan kemaraan dan dilihat terlalu unggul hingga memperoleh kemenangan selesa 21-8

Di suku akhir nanti, Sze Fei-Nur Izzuddin dijadualkan menentang pilihan ketiga dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang menewaskan juara Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-13, 21-12.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN