fbpx
AYSAR juga turut memiliki pengalaman antarabangsa menerusi pembabitannya bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara.

Aysar sedia pikul tanggungjawab besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Aysar Hadi Mohd. ­Shapri tidak pernah rasa takut untuk memikul tanggungjawab bersama skuad senior Harimau Malaya di pentas Piala ASEAN 2026.

Walaupun ini ada kali pertamanya mendapat panggilan skuad senior, Aysar menjelaskan dia sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan bersedia sekiranya dipanggil.

“Saya berharap untuk dapat ke skuad kali ini, tetapi malangnya dalam senarai menunggu. Tetapi dalam fikiran saya, kalau jurulatih (Tan Cheng Hoe) panggil untuk datang ke kem kebangsaan, saya bersedia.

“Pertama sekali semestinya berasa bangga apabila dipanggil. Tetapi akhir sekali saya semestinya perlu buat yang terbaik, tidak gementar, kena optimis lakukan yang terbaik untuk pasukan negara,” katanya.

Untuk rekod, Aysar Hadi dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan menggantikan Dominic Tan.

Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Filipina, Myanmar dan Laos.

Skuad negara akan berlepas ke Yangon, Myanmar, Khamis ini bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Sabtu ini.

Kemudiannya, skuad Harimau Malaya akan terbang pulang ke tanah air bagi perlawanan kedua menentang Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 28 Julai ini.

“Persiapan mental saya adalah untuk sentiasa bersedia dipanggil kerana saya tahu saya berada dalam senarai menunggu. Jadi setiap masa saya sentiasa bersedia untuk ke kem pasukan kebangsaan, ” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN