PERNAHKAH anda mengalami situasi gigi anda terasa tiba-tiba bergoyang? Jika jawapannya ‘ya’, anda mungkin sedang menghidap penyakit gusi yang serius. Mungkin ramai antara kita tertanya-tanya punca gigi yang selama ini kuat dan kukuh secara pantas boleh bertukar menjadi sedemikian rupa. Adakah disebabkan faktor umur semata-mata atau sebaliknya? Secara amnya, gigi kita dipegang dan disokong oleh struktur-struktur penting seperti tulang alveolar, ligamen periodontal, dan gusi. Jika struktur ini terjaga dengan baik, gigi akan sentiasa sihat dan tidak bergoyang. Namun, harus kita……














