TAPAH – Seramai tujuh orang termasuk malim gunung dan suami pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih di sini telah disoal siasat bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd. Fadzil Ismail berkata, setakat ini, soal-siasat itu menjurus kepada elemen bagi membantu operasi SAR bagi menyelamatkan mangsa.
“Kita telah soal siasat enam orang malim gunung pelbagai jantina termasuk suami Jaslinda Saludin, 49, iaitu Haszman Othman, 61.
“Ini bagi membantu operasi SAR. Bahkan, kita akan bertukar maklumat dengan bomba dan hasilnya setakat ini positif,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Bomba, Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh, Tapah hari ini.
Beliau berharap, operasi bersepadu dan terancang ini boleh menemukan Jaslinda yang telah hilang lebih 72 jam dan telah keputusan sumber minuman dan makanan.- KOSMO! ONLINE














