Saudara Pengarang, Saya terpanggil untuk mengulas mengenai trend makanan dan minuman viral di media sosial. Saya perhatikan terlalu banyak misalnya minuman ‘diubah suai’ dan diletakkan pelbagai bahan-bahan yang tidak mempunyai khasiat dan tinggi dengan kandungan gula. Setiap kali minuman baharu diperkenalkan, maka ramailah orang muda dan golongan pertengahan beratur panjang untuk membelinya. Ini yang dinamakan FOMO atau fear of missing out. Golongan ini sanggup berbaris panjang tanpa mengira cuaca untuk membeli makanan/minuman yang tular. Jika tidak berbuat demikian mereka berasa……














