Ahmad Jazmi (kanan) dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM di Nilai, Seremban baru-baru ini.

Genggam ijazah kerana RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Wang dalam dompet pernah berbaki RM5, malah terpaksa mengikat perut demi meneruskan pengajian, namun kekurangan hidup tidak pernah mematahkan semangat Ahmad Jazmi Samsuddin, 27, untuk menggenggam kejayaan.

Graduan Sarjana Muda Pe­ngajian Quran dan Sunnah de­ngan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu membuktikan ke­sungguhannya berbaloi apabila dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvoke­syen Ke-24 USIM baru-baru ini.

Anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Selangor sebelum dibesarkan di Merlimau, Melaka itu berkata, kesempitan hidup mendorongnya bekerja sambilan bagi menampung ke­perluan sepanjang pengajian tanpa membebankan ibu bapa.

Katanya, dia melakukan pelbagai pekerjaan termasuk promoter makanan, pertukangan, mengimpal besi serta katering bagi mendapat wang tambahan.

“Selalu juga saya terpaksa ikat perut, malah pernah duit dalam dompet tinggal RM5 sahaja, tetapi sebab sudah biasa dengan keadaan begitu, saya okey sahaja.

“Saya buat macam-macam kerja sambilan kerana tidak mahu susahkan ibu bapa dan membuatkan mereka risau me­ngenai keadaan saya di universiti,” katanya ketika dihubungi.

Lebih menyedihkan, bapanya kini berkerusi roda akibat gout teruk, selain pernah patah kaki dan berdepan masalah jantung.

Katanya, keadaan kesihatan bapanya serta kekangan kewa­ngan keluarga menjadikan dia lebih nekad untuk berdikari dan memastikan pengajian dapat di­selesaikan dengan kejayaan.

Ujarnya, didikan ibu bapanya yang menitikberatkan kepen­tingan ilmu agama turut menjadi pegangan sepanjang melalui ­kesukaran berkenaan.

“Ibu bapa selalu mendidik saya bahawa belajar agama ini mungkin kita dapat sedikit sahaja di dunia tetapi lebih banyak ganjarannya di akhirat. Jadi, saya pegang nasihat itu dan tidak mahu jadikan kekurangan alasan untuk berhenti belajar,” katanya.

Ahmad Jazmi turut menghargai bantuan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM yang menyedia­kan kemudahan makanan menerusi program bank makanan bagi membantu pelajar berdepan kekangan kewangan.

Di sebalik cabaran kewangan, dia turut mencipta pengalaman bermakna apabila menjadi pe­ngajar utama program pendedahan tulisan Braille kepada kanak-kanak di Islamisches Zentrum Graz, Austria, selain mewakili FPQS menjalani latihan industri di Universitas Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.

Beliau turut dinobatkan sebagai Best Paper dalam Regional Islamic Media Conference (RIMEC) di Brunei, sekali gus mengukuhkan pencapaian akademiknya di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN