Program CSR Ayam Brand melibatkan 10 buah sekolah, Jabatan Kesihatan untuk memberi manfaat kepada pelajar memahami tentang konsep pemakanan yang sihat dan juga kelestarian.

Kempen Ayam Brand libatkan 10 sekolah, rumah anak yatim, rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ayam Brand melengkapkan inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan penganjuran kempen terbaharunya iatu #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan yang melibatkan 10 buah sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung.

Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, inisiatif tersebut turut menyantuni lebih 700 penerima manfaat menerusi sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan seluruh negeri.

Menurutnya, program ber­a­saskan sekolah ini menggabungkan pendidikan pemakanan, aktiviti penyediaan makanan secara praktikal dan amalan kelestarian bagi membantu murid membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat.

“Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

“Bersama inisiatif sumba­ngan makanan di seluruh negeri, #Ayam­BersamaMu mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand untuk menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah diakses, menggalakkan amalan lestari dalam kalangan generasi muda serta menyokong komuniti yang memerlukan.

“Melalui #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan, kami berharap dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan, penyediaan makanan dan kelestarian sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan, di samping menggalakkan tabiat sihat diamalkan oleh kanak-kanak sehingga mereka dewasa,” katanya dalam kenyataan.

Program CSR menampilkan sesi Ayam Brand Nutrition Health Talk yang interaktif, dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya yang mana murid diperkenalkan kepada konsep pemakanan seimbang, kumpulan makanan dan pembahagian saiz hidangan melalui konsep suku-suku separuh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN