KUALA TERENGGANU – Demi kasih terhadap keluarga, seorang wanita sanggup melupakan seketika impiannya untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) sejak beberapa tahun lalu. Wan Nur Fatihah Amirah Nik Wan @ Wan Senik, 30, berkata, kehidupannya berubah apabila bapanya jatuh sakit pada penghujung tahun 2022 sewaktu dia melanjutkan pengajian Sarjana Penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi Maritim di Universiti Malaysia Terengganu. Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia menjaga bapanya selama lapan bulan sebelum insan tersayang tersebut meninggal……














