fbpx
Manicam menunjukkan kawasan Taman Rekreasi Tampin yang terbiar ketika ditemui baru-baru ini.

Taman Rekreasi Tampin hilang seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Keadaan tasik di Taman Rekreasi Tampin, di sini kini sangat menyedihkan serta didakwa semakin terbiar apabila dipenuhi rumpai serta kurang penyelenggaraan sejak lebih dua tahun lalu.

Rozana Rosli, 42, berkata, lo­kasi beriadah itu sepatutnya di­bersihkan dan diselenggara lebih kerap.

“Dahulu kawasan ini memang cantik dan terkenal, sa­yang kalau dibiarkan begitu sahaja.

“Ada beberapa infrasturktur seperti jambatan gantung juga perlu dibaik pulih kerana ada kayu yang sudah patah,” katanya.

V. Manicam, 59, dari Batu Belang berkata, keadaan air tasik kini kelihatan lebih kotor.

“Dulu air tasik ini jernih, bo­leh nampak dasar. Sekarang ba­nyak rumpai dan air pun tidak se­cantik dahulu. Kalau diber­sihkan dan dibaik pulih semula, orang ramai yang datang berjoging lebih selesa,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini kawasan itu mempunyai pelbagai tarikan termasuk taman mini yang menempatkan beberapa haiwan seperti buaya dan landak.

“Walaupun terdapat bebe­ra­pa kerja penambahbaikan di­lakukan di bahagian tertentu, usaha lebih menyeluruh diperlukan bagi mengembalikan ke­gemilangan kawasan rekreasi tersebut,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Su­­riani Salihan ketika dihu­bu­ngi berkata, pihaknya akan me­ngambil tindakan menye­leng­gara kembali tasik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN