fbpx
ZULFAHMI (kiri) menyifatkan keutamaan rudingan adalah untuk memastikan masa depan Hakim Danish terus cerah dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.

Hakim Danish ditawar laluan ke MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HAKIM Danish Ramli berpeluang menyertai pasukan terbaik Kejuaraan Motosikal Dunia di pentas Moto3 atau Moto2 musim depan apabila Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin mengesahkan rundingan serius sedang dijalankan dengan enam pasukan bertaraf elit.

Bekas pelumba Moto2 dan Moto3 negara itu berkata, sewaktu di Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring yang berakhir pada Ahad lalu, beliau telah bertemu beberapa pasukan bagi meneliti peluang terbaik buat Hakim Danish, selain meneruskan rundingan bersama pasukan semasa, AEON-Credit MT Helmets-MSi.

Menurut Zulfahmi, keutamaannya adalah untuk mengekalkan Hakim Danish bersama MT Helmets-MSi, namun dia perlu menilai semua pilihan yang mampu memberi manfaat kepada perkembangan jangka panjang pelumba berusia 19 tahun itu.

“Saya pergi berjumpa beberapa pasukan dan mereka juga datang berjumpa saya. Sasaran utama saya adalah berbincang dengan pasukan semasa, tetapi pada masa sama saya melihat pilihan lain yang mungkin lebih baik untuk masa depan Hakim Danish,” katanya ketika ditemui sambutan ketibaan Hakim Danish Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Bagaimanapun, Zulfahmi menegaskan dia hanya berunding dengan pasukan yang setanding atau lebih baik daripada MT Helmets-MSi yang disifatkannya sebagai antara pasukan terbaik dalam kelas Moto3.

“MT adalah pasukan terbaik. Saya tidak akan berunding dengan pasukan yang berada di bawah tahap MT kerana matlamat kita adalah untuk terus bersaing dalam kelompok hadapan,” katanya.

Mengulas mengenai tawaran yang diterima Zulfahmi berkata, terdapat juga pasukan yang menawarkan laluan pembangunan sehingga ke MotoGP, namun dia tidak mahu membuat keputusan berdasarkan nilai kontrak atau janji semata-mata.

Sebaliknya, Zulfahmi menegaskan aspek seperti kualiti kru teknikal, persekitaran pasukan, keserasian budaya kerja serta potensi pembangunan pelumba akan menjadi pertimbangan utama sebelum membuat keputusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN