KUALA PILAH – Datuk Seri Aminuddin Harun bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, 1 Ogos ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN Negeri Sembilan di Dataran Melang, dekat sini sebentar tadi.
Pengumuman itu sekali gus menyaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan itu meninggalkan kubu kuatnya kerusi DUN Sikamat yang dimenangi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Kerusi DUN Sikamat pula akan ditandingi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Nazri Kassim.- KOSMO! ONLINE















