fbpx

Ronaldo gembira tinggalkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) menjalani sesi latihan bersama skuad Portugal di Qeiras berhampiran Lisbon menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Ireland awal pagi esok. – AFP

LISBON – Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo seolah-olah memberi bayangan dia gembira untuk meninggalkan Manchester Uni­ted buat seketika bagi menjalani tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu pulang ke pangkuan United pada jendela perpindahan musim panas lalu selepas meninggalkan pasukan tersebut 12 tahun lalu.

Meskipun Ronaldo sentiasa menunjukkan sentuhan berbisa dalam setiap perlawanan, namun masih belum dapat membantu United menampilkan aksi konsisten apabila sekadar menang sekali daripada enam perlawanan terakhir.

Situasi itu sekali gus menambah tekanan buat pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer apabila para penyokong The Red Devils mula mendesak beliau untuk meninggalkan pasukan.

Bagaimanapun, Ronaldo kini mengalihkan perhatiannya bagi membantu Portugal dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2022 termasuk menentang Republik Ireland di Stadium Aviva awal pagi esok.

“Saya sentiasa bersemangat dan mendapat motivasi ekstra setiap kali kembali bersama skuad kebangsaan untuk tugasan antarabangsa. Saya harap boleh membantu pasukan catat kemenangan,” katanya.

Meskipun sudah berusia 36 tahun, namun Ronaldo terus menjadi sandaran skuad kendalian Fernando Santos itu apabila sudah menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan bersama Portugal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI