fbpx

Pecco ungguli GP San Marino di Misano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas muncul juara di GP San Marino sebentar tadi. - AFP

MISANO – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia dilihat mula menguasai kelebihan jentera Desmosedici Ducati selepas menjulang kemenangan kedua berturut-turut dengan muncul di Grand Prix (GP) San Marino sebentar tadi.

Bagnaia yang muncul juara di GP Aragon minggu lalu sekali lagi mempamerkan aksi cemerlangnya bersama Ducati apabila menguasai sepanjang perlumbaan selepas memulakan saingan di petak utama.

Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo yang dilihat mampu memberi tentangan pada pusingan terakhir gagal menyekat Bagnaia sekali gus terpaksa berpuas hati tempat kedua.

“Saya akui tayar mula hilang cengkaman pada penghujung perlumbaan dan ketika itu Quartararo mula mengejar saya. Bukan mudah untuk mengekalkan tunggangan seperti ini.

“Pada akhirnya saya berjaya meraih kemenangan sekali lagi dan saya sangat gembira dengan keputusan ini. Terima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras sepanjang minggu ini,” katanya.

Pelumba rookie, Enea Bastianini melakukan kejutan apabila meraih podium pertama bersama pasukan Avintia Esponsorama Racing selepas mengakhiri saingan tempat ketiga selepas bijak memintas Jack Miller (Ducati).

Hasil keputusan tersebut, Quartararo masih kekal mendahului kejuaraan keseluruhan dengan 234 mata, bekelebihan 48 mata ke atas Bagnaia yang berada di tangga kedua selepas mengumpul 186 mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI