fbpx

5 individu ditahan terlibat kes tipu dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan ketika serbuan dilakukan pihak polis.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan lima individu yang dipercayai terlibat kes tipu dalam talian di dua buah premis di sekitar Lembah Klang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, ketika serbuan polis berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing.

“Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Risikan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Brickfields bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini telah mula beroperasi sejak Mac tahun ini dan menyasarkan mangsa dari negara China,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Mahidisham berkata, kedua-dua premis yang diserbu dipercayai menjadi pusat panggilan bagi kes penipuan dalam talian.

“Polis turut merampas empat unit komputer riba, 11 unit telefon bimbit, dua set router dan dua set modem. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

“Kesemua tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sehingga 6 September ini untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI