fbpx
Gambar hiasan

Empat ‘Geng RXZ’ dicekup, semua motosikal lesap ditemui semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN — Empat lelaki disyaki terbabit dalam kes pecah masuk sebuah bengkel motosikal di Senawang diberkas polis dalam Ops Lejang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, tangkapan dibuat hasil risikan Bahagian D4, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.10 tengah malam di tepi Jalan 5A, Kampung Labu Lanjut, Sepang, Selangor.
“Hasil pemeriksaan, dua buah motosikal ditemui sedang ditolak oleh suspek, manakala empat lagi ditemukan disorok di kawasan semak berpagar zink berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Dua suspek bekerja sendiri, manakala dua lagi bekerja di sebuah pasar raya di Kapar, Klang. Susulan penahanan itu, polis berjaya menemui semula enam motosikal jenis Yamaha RXZ yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Semua suspek direman selama lima hari bermula hari ini hingga 22 April bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN