fbpx
TANGKAP layar video tular yang memaparkan seorang anggota polis yang didakwa menerima wang daripada seorang lelaki di Ipoh, baru-baru ini.

Kes tular anggota didakwa ambil wang disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti anggota yang didakwa mengambil wang daripada seorang lelaki, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan video tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kenderaan peronda polis yang digunakan dalam video berkenaan mempunyai tanda panggilan ‘PK 56’ yang merupakan milik kontinjen Perak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

“Bagaimanapun, lokasi kejadian dan identiti anggota yang terlibat masih dalam proses pengesahan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Najib, satu siasatan dalaman telah dibuka bagi mengenal pasti lokasi sebenar kejadian dan anggota yang terlibat selain memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, rapi serta adil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN