fbpx
Mohd. Yusoff (tengah) menunjukkan sebahagian komputer digunakan untuk kegiatan ‘love scam’ yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Tanah Merah hari ini.

Resort di Tanah Merah jadi markas kegiatan sindiket ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Taktik licik sindiket ‘love scam’ yang menjadikan sebuah resort di sini sebagai markas operasi kegiatan yang menyasarkan lelaki warga Singapura sebagai mangsa sejak sebulan lalu terbongkar selepas premis tersebut digempur pihak polis semalam.

Serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu membawa kepada penahanan 58 individu yang terdiri daripada warga tempatan, China, Myanmar, India dan Pakistan masing-masing berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati, sindiket tersebut dipercayai beroperasi hampir sebulan lalu itu menjadikan resort tersebut sebagai pusat operasi.
Katanya, sindiket itu disyaki menggunakan modus operandi memperdayakan emosi dan kepercayaan mangsa untuk mengaut keuntungan dengan mengaut keuntungan dengan menyamar sebagai wanita Indonesia.

“Hasil siasatan mendapati, sindiket itu dikendalikan oleh tiga orang penyelia dengan sebanyak 55 operasi dijalankan setiap hari bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Sindiket ini turut menggunakan enam router (penghala internet) berkapisiti tinggi bagi memastikan capaian internet berkelajuan tinggi agar kegiatan mereka sukar dikesan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, serbuan itu turut merampas 46 unit komputer, lima unit komputer riba, 118 telefon bimbit dan lapan unit router dengan jumlah keseluruhan dianggarkan berjumlah RM179,000.

Menurutnya, kesemua suspek direman telah direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/120 (B) Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN