fbpx
Muhyddin ketika sidang akhbar selepas tamat Konvensyen Bersatu Selangor di Shah Alam, hari ini. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Bersatu kekal tidak terima ahli dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal dengan pendirian tidak menerima semula mana-mana ahli yang dipecat sebelum ini atas kesalahan disiplin.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya masih kekal dengan keputusan tersebut memandangkan Lembaga Disiplin parti mendapati mereka melakukan pelanggaran serius sehingga memaksa tindakan tegas diambil.

“Kalau hendak banding dengan UMNO, lain cerita. Setakat hari ini, kita kekalkan keputusan itu,” katanya ketika ditanya sama ada Bersatu akan memberikan pengampunan dan menerima kembali ahli parti yang dipecat, beberapa bulan lalu.

Menurut Muhyiddin, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang rayuan rasmi daripada mana-mana individu terlibat untuk kembali menyertai parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN