fbpx
Zakaria

Hormati perlembagaan, institusi negara dan nilai kebersamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Menghormati semangat perlembagaan, institusi negara dan nilai kebersamaan menjadi asas pembentukan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan negara.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, Malaysia dibina atas asas persefahaman, toleransi dan semangat kebersamaan yang telah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi.

Jelasnya, sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang berteraskan budaya bangsa Melayu sebagai tunjang kepada pembinaan negara namun kepelbagaian kaum dan budaya tetap diraikan sebagai kekuatan kepada kemajuan negara.

“Dalam konteks politik semasa, setiap parti mempunyai hak untuk menentukan pendirian serta hala tuju masing-masing dan keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik tidak seharusnya dilihat melalui lensa perkauman atau kebencian terhadap satu-satu kaum.

“Ia sepatutnya perlu difahami sebagai satu keputusan politik yang dibuat berdasarkan prinsip, nilai dan pertimbangan terhadap kepentingan jangka panjang masyarakat serta negara.

“Apa yang lebih penting adalah memastikan politik negara tidak terjerumus dalam budaya yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan perlu dielakkan sebarang pendekatan berpotensi menghakis kepercayaan antara masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, rakyat hari ini menginginkan satu kepimpinan yang mampu menyatukan serta membina persefahaman rakyat bukan memecahkan dan membesarkan perbezaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN