fbpx
Gambar hiasan

Guru lelaki mengaku tidak salah ‘sentuh’ pelajar perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan tahun tiga bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ho Kwong Chin

Mengikut dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang mana dia mempunyai hubungan amanah, iaitu sebagai guru bahasa Inggeris.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan ruang makan guru di kantin sebuah sekolah di sini pukul 9 pagi masing-masing pada 5 dan 7 Mei dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala bagi Seksyen 16, lelaki itu berhadapan hukuman tambahan iaitu penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan itu berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis sebulan sekali dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi.

Bagaimanapun peguam Francis Pereira yang mewakili tertuduh merayu jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan anak guamnya yang bekerja sebagai guru hampir 20 tahun menanggung empat anak dan mempunyai penyakit darah tinggi.

“Tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak dikenakan tindakan tatatertib sepanjang perkhidmatannya serta telah memberi kerjasama baik kepada polis dan tidak berisiko untuk melarikan diri,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Hakim Kwong Chin membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kedua- dua pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Ogos ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN