fbpx
Anwar dan Sanae pada sidang media di Tokyo, Jepun hari ini.

Malaysia-Jepun perkukuh kerjasama keselamatan maritim, sisa pepejal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia dan Tokyo memeterai empat Memorandum Kerjasama (MoC) hari ini bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Empat MoC tersebut merangkumi kerjasama dalam bidang keselamatan dan keselamatan maritim, alam sekitar dan kelestarian, pengurusan sisa pepejal serta rangka kerja kawal selia peranti perubatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memorandum yang dimeterai itu kini perlu diterjemahkan kepada tindakan dan pelaksanaan sekali gus manfaat kepada Malaysia dan Jepun.

“Kita telah memeterai empat Memorandum Kerjasama yang telah diumumkan dan saya fikir sudah tiba masanya untuk memastikan kita melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi di Tokyo serta disiarkan secara langsung pada Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menghargai sokongan Jepun terhadap pelbagai isu serantau termasuk sewaktu Malaysia mempengerusikan ASEAN.

Katanya, kedua-dua negara turut membincangkan perkembangan di Myanmar dan usaha berterusan bagi menggalakkan negara itu kembali memainkan peranan lebih aktif dalam ASEAN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN