fbpx
Ahmad Samsuri

PN bukan milik mutlak mana-mana parti – Dr. Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak, sebaliknya merupakan gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas juga antara parti pengasas gabungan itu, manakala beliau sendiri adalah salah seorang penanda tangan rasmi penubuhan PN dan sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak oleh mana-mana pihak.

“Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan. Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian susulan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai kedudukan dan masa depan gabungan pembangkang itu selepas perkembangan politik mutakhir melibatkan parti-parti komponennya.

Ahmad Samsuri turut menegaskan bahawa segala urusan berkaitan PN perlu berlandaskan perlembagaan gabungan serta diputuskan mengikut proses yang telah dipersetujui bersama.

Katanya, prinsip muafakat yang menjadi asas penubuhan PN perlu terus dihormati bagi memastikan kestabilan dan kelangsungan gabungan tersebut.

Terdahulu, Pas mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam satu keputusan yang dipersetujui Majlis Syura Ulama parti itu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN