fbpx
Kumar

30 kes hasutan disiasat dalam tiga bulan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 kes disiasat di bawah Akta Hasutan dalam tempoh tiga bulan sejak Januari lalu melibatkan perbuatan atau kenyataan berunsur hasutan terhadap institusi diraja, kaum dan kerajaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, trend penggunaan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan kenyataan provokatif dan berunsur hasutan semakin membimbangkan.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja menjejaskan keharmonian ruang siber, malah berpotensi mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat sekiranya tidak dibendung melalui penguatkuasaan undang-undang.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang khususnya Akta Hasutan 1948 yang melarang perbuatan, ucapan atau penerbitan yang berkecenderungan menghasut atau menimbulkan kebencian terhadap institusi diraja dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, di bawah Seksyen 3(1)(a) akta tersebut, kecenderungan menghasut merujuk kepada tindakan yang boleh mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Bagi kesalahan pertama, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan kemudahan rangkaian bagi tujuan menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Beliau menegaskan kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan ruang digital kekal selamat serta memupuk budaya komunikasi yang matang, berfakta dan saling menghormati demi kestabilan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN