fbpx

Dua kapal bersauh secara haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia yang ditahan kerana disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur, Johor pada hari kebangsaan semalam.

KOTA TINGGI – Dua buah kapal tangki asing ditahan selepas melanggar undang-undang perairan negara apabila disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur pada hari kebangsaan semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kedua-dua kapal itu ditahan di kedudukan 17 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Johor kira-kira pukul 5 petang.

“Kapal tangki pertama yang berdaftar dari Mongolia dikendalikan tujuh kru warga Indonesia dan Singapura berumur 23 tahun hingga 55 tahun mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Manakala kapal tangki kedua pula berdaftar dari Equatorial Guinea dengan sembilan kru warga Indonesia berumur 23 tahun hingga 59 tahun juga mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, sejak Operasi Jangkar Haram dilaksanakan pada Mac lalu, jumlah kapal yang bersauh secara haram terutama di Tompok Utara didapati telah berkurangan.

“Sehingga kini bagi tahun 2021, sebanyak 93 buah kapal telah ditahan bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan negeri Johor.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI