JAKARTA – Seorang wanita mengejutkan orang ramai apabila membuat ramalan luar biasa yang menjadi kenyataan bahawa terdapat kemalangan melibatkan kereta api, beberapa hari sebelum nahas di Bekasi, Indonesia itu berlaku, lapor portal berita Serambi News.
Angka kematian nahas tren berlanggar di Bekasi, wilayah Jawa Barat kelmarin meningkat kepada 14 orang, manakala 84 lagi menerima rawatan di hospital.
Pengguna media sosial bagaimanapun terkejut apabila ramalan yang dikongsi oleh akaun @tirtasiregar di platform Instagram menjadi kenyataan.
Lebih aneh, rakaman video itu dimuat naik beberapa hari sebelum nahas berlaku.
“Hari ini pada tarikh 21 April 2026, dengan mata kasar, boleh percaya atau tidak, saya melihat akan terjadi satu kemalangan ‘ular besi’,” kata wanita itu di dalam video.
Rakaman itu mencatatkan lebih 6.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Video ini dikongsi tujuh hari yang lalu,” kata seorang netizen. – AGENSI














