fbpx
MUHAMMAD MUISZUDIN meninggal dunia lokasi selepas terlibat dalam nahas di Jalan Sungai Siput, Melaka, semalam.

Remaja maut rempuh kereta sebelum digilis lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar sebuah kereta sebelum tercampak lalu digilis lori tangki di Jalan Sungai Siput, Lubok China, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.48 petang itu, mangsa, Muhammad Muiszudin Mohamad Yusof, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Simpang Ampat menuju ke Lubok China.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang kanan Perodua Viva yang berada di hadapannya.

“Mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori tangki yang sedang bergerak dari arah Lubok China menuju ke Simpang Ampat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Polis turut mengesan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dipercayai merakam kejadian tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Loh Gia Xao di talian 019-5382353 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN