fbpx
Tiga juruukur diselamatkan selepas tersesat lebih 13 jam di dalam kawasan hutan berhampiran Kampung Tok Kah, Dungun.

Tiga juruukur ‘hilang jejak’ 13 jam dalam hutan Tok Kah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seramai tiga juruukur yang melakukan kerja-kerja mengukur tanah cemas apabila tersesat selama lebih 13 jam di dalam kawasan hutan di Kampung Tok Kah di sini.

Ketiga-tiga mangsa iaitu Wan Muhamad Haziem Wan Abdullah, 32, Wan Hafizuddin Aiman Wan Zamili, 23, dan Muhammad Adam Ruzilan, 22 berjaya diselamatkan pasukan mencari dan penyelamat pada pukul 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, ketiga-tiga mangsa memasuki kawasan hutan itu bersama tiga lagi rakan sekerja untuk menjalankan kerja mengukur tanah pada pukul 10 pagi.

“Mereka berpecah kepada dua kumpulan sebelum melakukan kerja-kerja tersebut. Begitupun, salah satu kumpulan juruukur tersebut tersesat dan tidak berjaya menemui jalan keluar hingga lewat petang,” katanya di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, kehilangan mereka dimaklumkan salah seorang ahli kumpulan juruukur lain yang keluar dari hutan pada pukul 7.30 malam.

“Kita berjaya menjejak ketiga-tiga mangsa berdasarkan koordinat lokasi yang dihantar mereka pada pukul 11.30 malam tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN