fbpx
Penduduk kampung berjaya menemui tiga mangsa yang tersesat di kawasan air terjun di Pondok Munazil Siddiqin, Dungun hari ini.

Teruja mandi air terjun, tiga tersesat sembilan jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Keterujaan seorang pemuda serta dua kanak-kanak mendaki bukit untuk beriadah di kawasan air terjun
berhampiran Pondok Munazil Sidiqqin, di sini, bertukar detik cemas apabila mereka tidak jumpa jalan pulang dan tersesat lebih sembilan jam awal pagi tadi.

Kesemua mangsa iaitu Izham Haziq Mohd. Ridhuan, 23, Muhammad Harraz Naufal Zamri dan Ahmad Al Baihaqi Ahmad Nazri masing-masing berusia 10 tahun bernasib baik apabila diselamatkan orang awam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SSR) pada pukul 2.20 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Yahaya Hanafi berkata, seramai tujuh anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 10.47 malam tadi.

“Ketiga-tiga mangsa yang merupakan rakan sekampung dikatakan memasuki kawasan air terjun terbabit untuk mandi bersama seorang lagi kenalan mereka pada pukul 5 petang semalam. (Kemudian), tiga mangsa dikatakan mahu mandi lagi di kawasan air terjun lebih tinggi di bukit berkenaan sedangkan kenalan mereka memutuskan untuk pulang awal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata, pencarian pasukan SAR pada mulanya berjaya menemui sebuah motosikal dipercayai milik Izham Haziq dan kemudiannya membawa kepada penemuan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan pada pukul 2.20 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN