fbpx
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran Toyota Innova yang terlibat dalam nahas dua kenderaan di Pantai Remis dekat Lumut awal pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM PERAK

Seorang rentung nahas dua kenderaan di Pantai Remis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu terbakar dalam nahas dengan sebuah treler di Jalan Batu 9, Kampung Semangat, Segari, Pantai Remis di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.36 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah MPV jenis Toyota Innova terbakar hampir 90 peratus selepas dipercayai bertembung dengan treler jenis Nissan.

“Pasukan penyelamat menemui seorang mangsa yang terperangkap dan rentung di dalam MPV. Kita menggunakan ‘rescue cutter’ bagi mengeluarkan mayat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, identiti dan jantina mangsa masih belum dapat diketahui,” katanya hari ini.

Menurut Sabarodzi, pemandu treler, seorang lelaki berusia 60 tahun hanya mengalami kecederaan ringan. Mereka diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN