fbpx
HAVERTZ bakal menggalas misi penting merobek gawang Curacao apabila diletakkan sebagai penggempur utama Jerman. - AFP

Piala Dunia 2026: Havertz jadi pilihan Nagelsmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAROLINA UTARA – Penyerang Arsenal, Kai Havertz dijangka terus menerima kepercayaan penuh untuk menjadi penggempur utama Jerman menjelang aksi pembukaan Kumpulan E Piala Dunia 2026 menentang Curacao, awal pagi esok.

Pengendali Die Mannschaft, Julian Nagelsmann menegaskan Havertz kekal pilihan nombor satu di bahagian serangan selepas mempamerkan prestasi yang cukup konsisten sejak beberapa minggu lalu.

“Di atas padang, Havertz sangat luar biasa dan sangat penting buat kami.

“Havertz berjaya untuk kekal cergas dan dia memiliki segala yang kami perlukan untuk menjadi penjaring utama pasukan pada Piala Dunia kali ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyerang Jerman, Deniz Undav mengakui kemenangan dalam aksi pembukaan Piala Dunia amat penting bagi mengembalikan keyakinan penyokong.

Menurut Undav, hanya tiga mata dapat mampu memberi impak besar kepada moral pasukan selepas pasukan tersingkir seawal peringkat kumpulan dalam Piala Dunia edisi 2018 dan 2022 sebelum ini.

“Kami mahu menang. Jika anda memenangi perlawanan pertama, ia akan menjadi penanda aras yang positif kepada seluruh pasukan,” kata penyerang Stuttgart itu.

Sementara itu, Nagelsmann turut mengesahkan bakal menggunakan khidmat penjaga gol veterannya, Manuel Neuer pada aksi menentang Curacao berbanding menurunkan Oliver Baumann.

Neuer dilapor sudah kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan selepas berjaya pulih daripada masalah kecederaan betis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN