fbpx
Gambar hiasan.

Diesel kekal RM5.12 seliter, RON95 naik 10 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei dilaporkan kekal dengan ditawarkan pada RM5.12 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, harga RON97 tanpa subsidi pula naik 5 sen
iaitu dijual pada kadar RM4.90 seliter berbanding RM4.85.

Sementara itu, harga runcit RON95 juga naik sebanyak 10 sen iaitu ditawarkan pada kadar RM3.97 seliter berbanding RM3.87.

Info grafik harga diesel, RON95 dan RON97 bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026.

“Krisis di Asia Barat yang masih berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petroleum global. Dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tuju pasaran yang masih sukar dijangka, harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi diselaraskan berikutan pergerakan harga pasaran antarabangsa.

“Pelarasan harga minggu ini adalah berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kata Kementerian Kewangan, harga petroleum yang kekal tinggi berbanding paras prakonflik turut dibelenggu oleh kekangan bekalan minyak dan produk petroleum global.

Katanya, ia apabila kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan masa untuk dipulihkan.

“Justeru, kerajaan menyeru rakyat agar terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN