fbpx
Pemandu wanita maut selepas terlibat kemalangan dengan dua kereta di Tasek Gelugor, hari ini.

Warga emas maut kemalangan tiga kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang wanita warga emas dilaporkan maut selepas kereta Perodua Kancil yang dia pandu terlibat kemalangan dengan dua buah lagi kenderaan di Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Mangsa, Zuraini Jaafar, 60 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bahagian pemandu kereta terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.26 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor.

“Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kereta iaitu jenis Perodua Kancil, Perodua Axia serta Proton Saga. Terdapat tiga mangsa yang terlibat, masing-masing terdiri pemandu terdiri warga tempatan berusia 51, 60 dan 69 tahun

“Dua mangsa telah tersepit dan seorang daripadanya telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi. Mangsa kedua yang tersepit di bahagian pemandu telah berjaya dikeluarkan pada pukul 9.13 pagi tadi disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini, tadi.

Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN