fbpx
Nancy ketika sidang akhbar khas berhubung keganasan rumah tangga di Kuala Lumpur hari ini.

7,391 kes keganasan rumah tangga tahun lalu, peningkatan membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengakui peningkatan kes keganasan rumah tangga di negara ini berada pada tahap membimbangkan.

Menurut beliau, sebanyak 5,277 kes direkodkan pada 2023 sebelum meningkat kepada 7,116 kes pada 2024 dan terus bertambah kepada 7,391 kes sepanjang tahun lalu.

“Ini adalah kes yang dilaporkan. Kita percaya masih ada kes yang tidak dilaporkan kerana pelbagai faktor termasuk mangsa tidak tampil membuat aduan,” katanya.

“Kementerian sentiasa mengambil tindakan terhadap kes-kes tersebut sejak 2021, namun mengakui cabaran masih wujud apabila kes terus berulang.

“Bukan kita tidak ambil tindakan sebelum ini, tetapi kes masih berlaku dan semakin meningkat,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai keganasan rumah tangga di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, antara fokus utama kini adalah memperkukuh kesedaran dalam kalangan wanita selain menilai semula prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang mungkin menjejaskan tindakan terhadap pesalah.

“Kita dapati ada kelemahan tertentu dari segi prosedur atau undang-undang yang boleh melemahkan sesuatu kes. Ini akan kita teliti untuk penambahbaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy memaklumkan cadangan mewujudkan mekanisme mengesan pesalah berulang turut dibincangkan, namun perkara itu melibatkan bidang kuasa pelbagai agensi.

“Kita akan usulkan supaya ada satu bentuk rekod atau sistem amaran awal bagi membantu wanita, walaupun terdapat kekangan tertentu,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN