fbpx
TANGKAP layar video seorang remaja dipukul oleh remaja lain di Pekan.

Polis tahan enam remaja termasuk pelajar sekolah terlibat kes pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Polis menahan enam remaja termasuk empat pelajar sekolah kerana disyaki memukul seorang mangsa lelaki berusia 13 tahun.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1.12 minit yang tular di media sosial menyaksikan seorang remaja lelaki ditumbuk di bahagian muka sehingga terjatuh sebelum ditendang.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kesemua suspek yang berumur 13 hingga 16 tahun ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa telah pergi ke sebuah madrasah untuk berjumpa seorang remaja lelaki bagi membincangkan berkaitan hutang.

“Setibanya di lokasi telah berlaku pertengkaran sebelum suspek bertindak menolak, menumbuk dan menendang mangsa. Beberapa lagi individu lain yang berada di tempat kejadian turut terlibat dengan memukul mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian mangsa mengalami kesakitan pada beberapa bahagian badan dan dirawat di Hospital Pekan.

Katanya, berdasarkan laporan awal perubatan terdapat kecederaan tisu lembut di bahagian pipi kanan mangsa.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147/507D Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! NLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN