fbpx
Tangkap layar video kejadian beberapa individu bergaduh di Jinjang Utara semalam.

Tak sampai 12 jam, 13 lelaki bergaduh di Jinjang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan 13 lelaki tempatan dalam tempoh kurang 12 jam selepas dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kejadian itu dilaporkan pada pukul 3.27 petang selepas Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada orang awam.

Menurut beliau, susulan laporan itu, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan urusan hutang yang
kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan melibatkan beberapa individu sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

“Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melancarkan beberapa operasi serbuan di sekitar ibu negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil operasi tersebut, polis berjaya menahan seramai 13 lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 51 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, semakan rekod mendapati beberapa daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau alat berbahaya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN