fbpx
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan sudah meninggal dunia di dalam tandas rumahnya di Jalan Sungai Sembilang, Kampung Umbai, Jasin malam tadi.

Terkejut jumpa ibu meninggal dunia dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Seorang pelajar kolej terkejut apabila menemui mayat ibunya di dalam tandas rumah mereka di Jalan Sungai Sembilang, Kampung Umbai di sini semalam.

Mayat mangsa, Latifah Mad Yasin, 51, ditemukan pada pukul 4 petang oleh anak tunggalnya yang baru pulang dari kolej di Ayer Keroh.

Rakan mangsa, Noraini Abdullah, 51, berkata, anak wanita tersebut berasa pelik apabila mendapati air paip dalam keadaan terbuka dan segera memaklumkan kepada jiran serta pihak berkuasa.

“Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat Latifah kerana keadaan tandas tersebut yang sempit.

“Arwah memang menghidap pelbagai penyakit sejak hampir 20 tahun lalu termasuk sawan, kencing manis dan strok ringan. Dia juga sering keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN