fbpx

JPJ Melaka lelong kenderaan mewah bermula RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Firdaus menunjukkan kereta Subaru Impreza yang akan dilelong pada harga bermula RM10,000.

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melelong sejumlah 46 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk kereta mewah Mini Cooper dan Subaru Impreza pada harga bermula RM10,000 pada bulan depan.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, beberapa kenderaan mewah tersebut merupakan kereta klon yang dirampas dalam operasi sebelum ini dan telah dilucut hak sebelum dilelong bermula 6 September.

“Kita akan melelong sebanyak 46 buah kenderaan dengan nilai terendah adalah RM965 dengan beberapa kereta mewah iaitu Mini Cooper dan Subaru Impreza akan dilelong pada harga bermula RM10,000 sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ di Bukit Katil, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, JPJ Melaka menyasarkan nilai lelongan kesemua kenderaan tersebut akan mencecah RM1.5 juta dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat.

“Dokumen sebut harga boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang serta di laman sosial Facebook JPJ Melaka dan dihantar semula menerusi pos atau serahan di kaunter.

“Bagaimanapun, disebabkan negara masih lagi bergelut dengan kes-kes Covid-19, kita hanya membenarkan seramai 20 orang sahaja hadir untuk lawatan tapak pada setiap hari dan permohonan perlu dibuat melalui Google Form,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI