fbpx
GAMBAR Polis Persekutuan Australia 20 Jun lalu menunjukkan sebahagian kokain yang dirampas di pinggir kota raya Sydney. – AFP

Kubu bawah tanah simpan kokain lebih RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY –  Polis Australia merampas  2.7 tan kokain disembunyikan di dalam sejumlah tab plastik yang ditanam di bawah tanah di pinggir bandar raya Sydney, kata beberapa detektif semalam.

Rampasan kokain itu adalah yang  terbesar dalam sejarah Australia, demikian menurut  pasukan penyiasatan bersama jenayah terancang.

Polis berkata, kumpulan jenayah berpangkalan di Sydney mengatur agar sebuah kapal asing memunggah kokain tersebut di utara Queensland sebelum memindahkannya ke Sydney untuk pengedaran.

“Siasatan mengenai asal usul dadah itu  masih diteruskan dan kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa serta  domestik  untuk mengenal pasti sindiket jenayah  terbabit,”  kata Komander Polis Persekutuan Australia, Stephen Jay.

Menurutnya, kokain ini bernilai lebih AUD$800 juta (RM2.3 bilion) di pasaran gelap.

“Wang ini tidak akan masuk ke dalam poket kumpulan jenayah terancang,”  kata Jay.

Sebuah kapal yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah haram ke Queensland, MV Wealth turut  ditahan oleh pihak berkuasa di Kepulauan Solomon untuk siasatan lanjut, kata polis.

Negara-negara Kepulauan Pasifik menjadi  transit utama untuk penghantaran kokain dan metamfetamin  ke Australia dan New Zealand dari sejauh Amerika Selatan serta Asia Tenggara.

Polis menemui kokain itu Jumaat lalu  di dalam tab-tab plastik yang ditanam di ruang bawah tanah di bawah lantai palsu.

Penemuan dibuat  di belakang sebuah hartanah di Londonderry, barat laut Sydney. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN