fbpx

Kilang langgar SOP kena tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kilang yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan serbuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP) menyeluruh dilaksanakan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kilang yang dikenalpasti itu akan dikenakan kompaun termasuk arahan menutup premis serta-merta.

“Sejak akhir-akhir ini, kerajaan telah menerima banyak aduan melibatkan sektor perkilangan yang didakwa menyalahgunakan surat kebenaran untuk menjalankan operasi melibatkan perkhidmatan bukan perlu sepanjang PKP menyeluruh.

“Mengikut maklumat terdapat kilang-kilang dikesan melanggar SOP apabila beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja malah ada antara mereka memakai gelang kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang yang melanggar SOP dengan melakukan pemeriksaan dan serbuan.

“Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju bahawa tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ini termasuk melakukan serbuan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN),” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI