fbpx

Ahli parlimen buang air kecil dalam cawan ketika sidang video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan suasana di Dewan Rakyat di Ottawa, Kanada pada 13 Mei lalu. - AFP

OTTAWA, KANADA – Seorang ahli parlimen Kanada berundur daripada beberapa tugas rasmi selepas didapati membuang air kecil di dalam cawan kopi semasa sesi sidang video di Parlimen, sebulan selepas beliau didapati berbogel dalam sesi sidang maya yang lain.

Aksi ahli parlimen tersebut, William Amos dapat dilihat oleh ahli-ahli parlimen lain menerusi kamera videonya yang ketika itu,  tanpa disedari sedang terbuka.

 

                WILLIAM AMOS

“Malam semalam, ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat yang diadakan secara maya, saya membuang air kecil tanpa menyedari bahawa tindakan saya  sedang diperhatikan.

“Saya amat malu dengan tindakan tersebut dan segala kesulitan yang timbul kepada sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

“Meskipun tindakan itu tidak dapat dilihat oleh orang awam, ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Jadi, saya benar-benar meminta maaf,” tulis Amos di Twitter.

Pada April lepas, ahli parlimen daripada  parti pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau itu dilihat berbogel.Kejadian itu berlaku ketika sesi soal jawab di Parlimen yang diadakan secara maya.

Susulan dua insiden tersebut, Amos, dari Parti Liberal mengumumkan untuk berundur seketika daripada beberapa tugasnya di parlimen, namun masih mewakili kawasannya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI